Sepak Takraw
Sepak takraw atau sepaktakraw
merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai
oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di
antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti
gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan
dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.
Sepak raga pula merupakan permainan
menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan
telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sejarah
Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah
Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'.
Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'.
Permainan sepaktakraw yang ada
sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun
1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut
sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal
permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada
15 April 1960 di Kuala Lumpur.
Sepaktakraw mula dipertandingkan buat
pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang
telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima
sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil
Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi
membincangkan mengenai dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak
ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini
hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan
'takraw' menjadi satu perkataan.
Dan kini permainan sepaktakraw
telahpun mengalami evolusi dimana permainan bergu yang dimainkan oleh dua orang
pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.
1. Tekong - merupakan pemain yang berada di
bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula
atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
2. Apit kanan - merupakan pemain yang berada
di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan
bahagian hadapan gelanggang.
3. Apit kiri - merupakan pemain yang berada di
bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian
hadapan gelanggang.
Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak
sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan
libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada
situasi permainan dan kemahiran masing-masing
No comments:
Post a Comment